1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Mutiara Kata
Assalamualikum warahmatullah, Syukur kehadrat illahi kerana diberikan kesempatan dan sedikit pengetahuan untuk menggunakan kemudahan information technologi, adalah lebih baik jika ia memberi sedikit sebanyak manafaat untuk kita semua, mari lah sama-sama berkonsi sedikit ilmu yang kita ketahui, moga-moga bertambah lagi pengetahuan kita, dan moga-moga kita akan diberikan hidayah oleh ALLAH S.W.T
Saya terlalu hina dan terlalu kerdil sekali untuk sama -sama berkongsi pengetahuan dalam soal agama islam ini, bimbang-bimbang pengetahuan yang terlalu cetek itu nanti akan merosakkan akidah diri sendiri adalah lebih selesa untuk saya menberi mana -mana artikel yang dirasakan berguna dari penulis-penulis lain yang lebih arif .
semoga kita sama -sama akan menjadikan itu landasan untuk kita lalu iman dan moga-moga ALLAH memberkati kita...sekian terima kasih . SELAMAT MEMBACA ..
No comments:
Post a Comment