Mutiara Kata






Assalamualikum warahmatullah, Syukur kehadrat illahi kerana diberikan kesempatan dan sedikit pengetahuan untuk menggunakan kemudahan information technologi, adalah lebih baik jika ia memberi sedikit sebanyak manafaat untuk kita semua, mari lah sama-sama berkonsi sedikit ilmu yang kita ketahui, moga-moga bertambah lagi pengetahuan kita, dan moga-moga kita akan diberikan  hidayah oleh ALLAH S.W.T

Saya terlalu hina dan terlalu kerdil sekali untuk sama -sama berkongsi pengetahuan dalam soal agama islam ini, bimbang-bimbang pengetahuan yang terlalu cetek itu nanti akan merosakkan akidah diri sendiri adalah lebih selesa untuk saya menberi mana -mana artikel yang dirasakan berguna dari penulis-penulis lain yang lebih arif .

semoga kita sama -sama akan menjadikan itu landasan untuk kita lalu iman  dan moga-moga ALLAH memberkati kita...sekian terima kasih . SELAMAT MEMBACA .. 

Sunday, August 23, 2009

Hukum wanita memakai minyak wangi

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-nur; 31)

'Ulama menafsirkan zinah dalam ayat Quran itu perhiasan. Ayat diatas melarang wanita menampakkan perhiasan dengan cara menghentak gelang kaki atau perhiasan lain agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan yakni anggota tubuh dengan cara jalan yang mengundang berahi. Demikian juga janganlah mereka(wanita) memakai wangian yang dapat meransang sesiapa di sekitarnya.
Memang , untuk melaksanakan ini memerlukan tekad yang kuat, yang boleh jadi sesekali tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi, jika terjadi kekurangan, perbaikilah dan sesalilah dan bertaubatlah kepada Allah, moga-moga kita beruntung dalam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wanita juga disuruh berhias untuk suaminya dirumah, namun alangkah sedihnya, wanita sekarang ramai berhias apabila keluar rumah, tapi dirumah dia tidak berhias untuk suaminya. Maka adakah lelaki dipersalahkan jika dia ingin kahwin lain sedangkan si isteri zaman sekarang sebenarnya ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai isteri sebagaimana kehendak syara'?.

Wanita itu juga merupakan perhiasan, maka tidak seharusnya seorang wanita itu suka-suka sahaja keluar rumah berjalan-jalan. Kerana wanita itu sumber fitnah(ujian) diakhir zaman. Memang tidaklah dilarang keras untuk keluar tetapi adalah lebih baik seorang wanita menjaga maruah dirinya dengan duduk dirumah dan tidak suka-suka keluar kecuali kerana keperluan seperti membeli barang, bekerja dan sebagainya yang dibenarkan syara'.

Perempuan juga dilarang keluar sendirian terutama jika berpergian jauh yang memerlukan bermalam. Tujuannya kerana dikhuatirkan terganggu keamanannya kecuali disertai suaminya atau mahramnya (suami, ayah kandung dll) kerana dengan adanya mahram diharap terpelihara keselamatan wanita itu. Dari sini, terjadi berat atau ringannya(haram atau makruh) larangan itu adalah tergantung pada faktor terjamin atau tidaknya keamanan wanita itu. Namun pada zaman sekarang, hakikatnya terlalu banyak terjadi kes-kes yang tidak dingini seperti rogol, rompakan, penjahat sengaja menahan kerata di tepi jalan dan bermacam-macam kejadian yang berlaku. Maka seharusnya ada mahram yang lelaki menemani adalah lebih baik dan mulia bagi wanita itu sebagaimana hadis yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah saw bersabda: tidak boleh perempuan mukminah bepergian sehari semalam kecuali bersama mahramnya (HS Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda : "tidak boleh seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan kecuali disertai mahramnya dan tidak boleh seorang perempuan bepergian sendirian kecuali kalau bersama mahramnya"
Kemudian Seorang lelaki bertanya: Ya Rasullullah, isteriku hendak menunaikan haji, sedangkan aku ditugaskan berperang? Nabi menjawab: "pergilah! Tunaikan haji bersama isterimu" (HS Bukhari dan Muslim)


Dari hadis di atas ada ulama berpendapat, bahawa yang hendak pergi berhaji harus disertai mahramnya dan ada yang berpendapat boleh pergi haji tanpa mahram asalkan keamanannya terjamin misalnya berombongan seperti para isteri Nabi saw pernah berhaji dengan dihantar oleh Umar bin khattab dan A.Rahman r.a.
Minyak wangi juga dikatakan perhiasan dan hanya dibenarkan dipakai untuk suaminya dan bukanlah untuk dipakai selain untuk suami yakni diluar rumah. Jika suami sendiri yang menyuruh memakainya agar si isteri berbau wangi di hadapan orang, maka sesungguhnya si suami itu dayus dan berlaku zalim(meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya). Kenapa kami katakan memakai minyak wangi bagi wanita adalah dilarang didalam agama selain untuk suami? Anda Fahamilah maksud atau tujuan kenapa Allah melarang menampakkan perhiasan kepada selain dari ayat diatas serta larangan dari nabi kita Muhammad saw. Perhatikan baik-baik masalah ini:

(1) لاَ تَمْنَعُوا إِمَاءَ الله مَسَاجِدَ الله ، وَلْيَخْرُجْنَ تَفِلاَتٍ (رواه مسلم في صحيحه ، وغيره)
Janganlah kamu larang wanita-wanita solat di masjid Allah,tetapi hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai bau-bauan (HSR MUSLIM)

(2) عن أبي هريرة قال : مرت بأبي هريرة امرأة و ريحها تعصف فقال لها : إلى أين تريدين يا أمة الجبار ؟ قالت : إلى المسجد قال : تطيبت ؟ قالت : نعم : قال : فارجعي فاغتسلي فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : لا يقبل الله من امرأة صلاة خرجت إلى المسجد و ريحها تعصف حتى ترجع فتغتسل [صحيح ابن خزيمة]
Seorang perempuan pernah lalu di depan Abu Hurairah dengan bau wangian yang semerbak, maka Abu Hurairah bertanya, "hendak kemana kamu, wahai perempuan derhaka?". Berkata wanita itu,"ke masjid". Abu Hurairah bertanya lagi, "dengan wangi-wangian seperti ini?" wanita itu menjawab, "ya". Abu Hurairah berkata, "pulanglah dan mandilah kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah saw bersabda : ((Allah tidak akan menerima solat seorang wanita yang keluar ke masjid dengan wangi-wangian yang semerbak sehingga ia pulang lalu mandi)) (untuk menghilangkan bau wangian itu)" (HSR Ibnu Khuzaimah)

(3) إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلاَ تَمَسَّ طِيبًا
Apabila seorang dari kamu (wanita) datang ke masjid , maka janganlah ia pakai bau-bauan (HSR Muslim)

(4) أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلاَ تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الآخِرَةَ (صحيح مسلم)
Siapa-siapa wanita memakai ukupan(bau-bauan), maka janganlah ia solat isya' bersama kami (HSR Muslim)

(5) قال رسول الله (ص) : لا تمنعوا نساءكم المسجد وبيوتهن خير لهن (سنن البيهقي الكبرى)
Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu (solat) di masjid tetapi rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka.(HR Baihaqi)

(6) أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa wanita dibenarkan solat di masjid dengan syarat tidak memakai bau-bauan, tetapi tempat yang lebih baik adalah dirumah. Dari keterangan ini pula kita dapat mengetahu bagaimana kerasnya agama menjaga jangan sampai ada sebab-sebab yang menggangu hati lelaki terhadap wanita. Saya rasa tidak perlulah saya terangkan satu persatu hadis diatas kerana akan memperpanjangkan lagi tulisan ini. Saya ingin mengulas tentang wanita dan wangian sahaja.

Maka, kita sebagai orang yang waras dan beriman boleh memikirkan: "jika keluar untuk solat pon wanita dilarang memakai bau-bauan sampai tidak diterima amalan mereka, apatah lagi ketika keluar selain dari solat?". Saya merasa sedih apabila wanita-wanita sekarang menggunakan alasan yang bermacam-macam untuk menghalalkan perbuatannya. Amat ramai wanita sekarang tidak kira muda bahkan yang tua pun memakai wangian apabila keluar rumah, sedangkan wanita dibenarkan memakai wangian untuk dinikmati sesama suami isteri dan sememangnya salah satu tujuan perkahwinan adalah menikmati antara satu sama lain.

Dari hadis-hadis yang terdapat diatas, adalah HARAM hukumnya wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian kerana kerasnya ancaman iaitu tidak diterima solat wanita yang keluar untuk solat di masjid dengan memakai wangian. Maka apatah lagi jika keluar selain dari tujuan untuk solat, tentu sahaja lebih keras larangannya dan juga apatah lagi wangian sekarang yang beralkohol yang sememangnya sifat alkohol itu adalah untuk menyerbakkan lagi keharumannya. Maka lebih HARAMlah hukumnya.. Ini kerana didalam hadis tidak disebutkan wangian beralkohol dan secara adatnya wangian alkohol itu tidak ada pada zaman dahulu, wallahu a'lam. Tetapi , yang ditekan didalam hadis diatas adalah larangan wanita keluar memakai bau-bauan (maka tidak kira samada beralkohol atau tidak). Selain itu wangian beralkohol juga lebih semerbak baunya, adalah tidak wajar wanita memakai bau-bauan yang seperti itu yang sememangnya boleh mengundang nafsu berahi lelaki yang berada berdekatan dengannya serta boleh mengundang bahaya bagi wanita itu sendiri. Semoga Allah menyelamatkan wanita-wanita muslimah sekarang dari sebarang fitnah akhir zaman.

Ada ulama berpendapat alkohol dalam minyak wangi adalah termasuk najis dan tidak sah jika dibawa ke dalam solat dan ada juga ulama mengatakan tidak najis (sebagaimana perbezaan pendapat tentang najisnya arak). Maka kita seharusnya lebih berhati-hati dengan tidak memakai wangian beralkohol baik lelaki mahupun wanita terutama bagi wanita yang tidaklah sepatutnya menggunakan minyak wangi apatah lagi yang beralkohol ketika keluar. Hanya dibenarkan untuk suami dan yang mahram bagi, itupun jika mahramnya terdiri daripada orang yang baik-baik. Ini adalah untuk mengelak dari terjadi pula hubungan sumbang mahram sebagaiman yang banyak terjadi sekarang.

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita? Ini suatu fakta dan sememangnya diakui oleh para lelaki kecuali lelaki itu sewel atau gila. Sedangkan ulama sendiri yang lelaki juga mempunyai nafsu. Hanya sahaja nafsu itu dapat dikawal atau tidak kerana mereka tahu hukum dan pasti berusaha menghindarkan diri dari nafsu itu.
Jika alasan busuk digunakan, busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang sedikit juga harus tetapi bukanlah yang semerbak harumnya seperti perfume beralkohol sekarang. Namun minyak wangi sekarang terutama yang beralkohol (sememangnya alkohol itu sifatnya menyerbakkan lagi bau wangian itu) wajib dielakkan atau dihindarkan dari memakainya sama sekali oleh kaum hawa. Mugkin jika benar–benar wanita itu berbau badannya diharuskan memakai bauan yang tidak kuat atau semerbak walaupun minyak attar dan apatah lagi yang beralkohol. Jika tidak beralasan, sebaiknya tidak memakai langsung kerana kerasnya ancaman di dalam hadis. APAKAH KITA MAHU SOLAT KITA TIDAK DITERIMA ALLAH ???

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA.

Adakah dia berhias untuk orang melihat kecantikannya?
Kenapakah dia tidak berhias untuk suaminya dirumah?
Kenapakah terjadinya fitnah ini?
Kenapakah ramai orang meremeh-remehkan hukum dari Allah, tuhan sekalian 'alam?

Perlukah dengan begitu banyak dalil baru kita nak beramal? Sebagai umat Islam, kita haruslah dengar dan taat (sami'na wa ata'na) sebagai tanda kita mengaku kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun kita tidak tahu hikmahnya kerana setiap perintah Allah PASTI mengandungi kebaikan.

Berapa ramai perempuan sekarang yang menggunakan berbaga-Bagai macam alasan bagi membolehkan perbuatan mereka sedangkan agama melarang, moga kita tidak termasuk ke dalam golongan itu. Na'uzu billahi min zaalik.

2 comments: